PUNCA DAN CARA MENGATASINYA GOUT



PUNCA DAN CARA MENGATASINYA GOUT

Apakah Gout?

Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di bahagian tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat selalu terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekelilingnya.

Punca Gout

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat dari asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin @ nama lain protein; berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada bahagian kaki dan menyebabkan rasa amat sakit.

Pemendapan asid urik ini kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur ini yang mencetuskan rasa sakit di bahagian sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang sering bermula dari tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Pengambilan yang banyak yang mengandungi tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Cara mengatasi

Amalkan diet rendah purine. mengurangkan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis).
Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
Bersenam


Supplement yang dicadangkan

1. Vivix - Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)
2. OmegaGuard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui pada ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.
3. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
4. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.


APA YANG ANDA PERLU TAHU!

Gout dan Vitamin C

Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gaut.

Vitamin C adalah uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan kesan sampingan iaitu peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.

Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.

Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi. Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja. Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.


credit to : http://shainahealthshop.blogspot.com/ (my sifu) 


* DISCLAIMER This statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika berminat untuk mendapatkannya, boleh hubungi kami untuk konsultasi & harga istimewa: :

Vitamin Harian
SID : 1080263 
 PM: https://www.facebook.com/vitaminharian4u 
 Blog: www.vitaminharian.com
 Email: admin@vitaminharian.com 
 Call/SMS/WhatsApp: 012-5315957 / 017-2678902
 COD Area: Ipoh & Batu Gajah