METABOLISMA ADALAH EJEN TERPENTING UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN

Metabolisma adalah ejen terpenting untuk menurunkan berat badan. Individu yang mempunyai metabolisma yang tinggi mudah untuk menurunkan berat badan berbanding individu yang mempunyai metabolisma yang rendah. Metabolisma merupakan satu aktiviti pembakaran kalori atau tenaga yang dilakukan ketika kita sedang melakukan aktiviti mahupun ketika kita sedang berehat atau tidur. Aktiviti pembakaran kalori ini diperlukan untuk mengekalkan fungsi asas badan. Metabolisma adalah berbeza bagi setiap individu mengikut jumlah otot dan lemak individu tersebut. Tisu otot akan membakar atau menggunakan lebih banyak kalori dan tenaga untuk mengekalkan fungsi asas badan berbanding lemak. Disebabkan itu lelaki mempunyai lebih tinggi metabolisme berikutan mereka mempunyai lebih otot berbanding wanita. Jadi, jika objektif anda adalah untuk menurunkan berat badan, makanya fokus kita perlu ke arah kepada bagaimana untuk meningkatkan kadar metabolisma.


Berikut adalah beberapa tips bagaimana kita boleh meningkatkan kadar metabolisma yang semakin menurun kesan dari penigkatan usia:
·  Meminum air kosong dengan cukup. Definisi cukup ialah 8 gelas air kosong setiap hari. Ia membantu untuk memproses kalori di dalam badan. Apabila badan kita kekurangan air, kadar metabolisma kita akan menurun. Sebaiknya, latih diri anda untuk meminum air masak sebelum makan.
·  Ambil supplement KALSIUM. Kajian membuktikan kakurangan kalsium dalam badan menyebabkan badan bergantung kepada lemak untuk mengekalkan fungsi badan. Pada hal lemak tempat bergantung itu sebenarnya boleh dibakar. Sudahnya, lemak tersebut kekal di dalam badan. Jika kita cukup kalsium, bermakna lebih banyak lemak yang boleh dibakar.
·  Makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap dalam tempoh 3-4 jam sekali. Tapi janganlah setiap 3-4 jam tu makan nasi. Mungkin boleh diganti dengan makanan berkaliri rendah seperti fitness ceral, kekacang seperti badam dan walnut, kurma dan buah-buahan lain. Pengambilan snek sihat mampu untuk tingkatkan kadar metabolisma sekaligus mengurangkan rasa lapar ketika makan tengahari dan makan malam.
·  Bina otot. Bina otot sangat penting supaya metabolisma kita makin tinggi. Sebab penerangan sebelum ini pun telah nyatakan pembakaran kalori adalah dua kali ganda di bahagian otot berbanding lemak. Jadi lebihkan protein untuk bina otot anda. Minuman berprotin tinggi seperti cinch Shaklee juga membantu untuk membina otot dan meningkatkan kadar metabolisma. Selain itu, senaman juga bagus untuk  membina otot.
·  Jangan STRESS. Tahukah anda apabila anda stress jumlah kortisol turut meningkat? Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh kita supaya menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya berlaku lagi peristiwa yang bertekanan tinggi.
·   Ambil teh hijau. Ia mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisma badan. Ambil 4 atau 5 cawan sehari untuk lihat kesannya.

· Pedas.Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30minit selepas anda memakannya. Cuma hati-hati dengan bijinya yang berkemungkinan boleh membawa kepada penyakit appendiks.
· Ambil vitamin C bersama-sama kalsium. Penyerapan Kalsium adalah di tahap optimum apabila diambil bersama. gabungan kedua-dua vitamin ini membantu meningkatkan metabolisma.
·  Tidur 7 hingga 8 jam setiap malam. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori.
·  Minum kopi tanpa gula atau creamer/susu pekat. Kopi sememangnya terbukti sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan metabolisma.
·  Campurkan ais di dalam air kosong mampu membakar lebih kalori. Tetapi ianya tidak menjadi apabila air tersebut dicampur gula atau susu. Elakkan juga minum ais selepas makan kerana lelemak yang dimakan tadi mungkin akan melekat dalam badan.
· Elakkan crash diet walaupun pada mulanya ia berkesan untuk menurunkan berat badan. Crash diet didefinisikan sebagai pengambilan makanan yang kurang daripda 1000 kalori/hari. Ianya boleh menyebabkan badan mengalami kemerosotan otot dan membawa kepada penurunan metabolisma. Berat pula akan mudah naik jika tak patuh kepada pengambilan 1000 kalori sehari. 

Kesimpulannya, untuk kurus kita perlu elakkan crash diet supaya otot kita tidak rosak. Makan makanan yang mengandungi serat yang tinggi dan tinggi protein dalam jumlah sekadarnya tetapi kerap. Kurangkan minuman bergula dan elakkan susu pekat. Boleh tambahkan elemen pedas dalam makanan dan cuba minum teh hijau sebagai minuman tengah hari dan petang. 


Sebagai tambahan, lakukan aktiviti riadah tiga kali seminggu dan ambil supplement tambahan untuk bina otot, pecahkan segala lemak-lemak degil dan akhinya detox lemak-lemak tersebut.



credit to : http://shainahealthshop.blogspot.com/ (my sifu)

Jika berminat untuk mendapatkan produk shaklee untuk membantu meningkatkan metabolisma, boleh hubungi kami untuk konsultasi & harga istimewa: :

Vitamin Harian
SID : 1080263 
 PM: http://www.facebook.com/messages/Nurrul-Vitamin-Shope 
 Blog: www.vitaminharian.com
 Email: admin@vitaminharian.com 
 Call/SMS/WhatsApp: 012-5315957 / 017-2678902
 COD Area: Ipoh & Batu Gajah